Showing posts with label Our Little Precious. Show all posts
Showing posts with label Our Little Precious. Show all posts

Friday, January 10, 2014

The arrival of AD#2

I owe this post to my second baby boy.. Sorry sayang, it took you to be almost 3 months for mama to write a special post on you.

As some of you already know, I was due to be induced at 38 weeks due to my GDM condition. But since my first born was delivered early at 37 weeks, my gynae mentioned to me that i may not be induce and might have the sign by 37 weeks as well.

So, 38 weeks will be on Hari Raya Haji :) Another raya baby. At end of 36 weeks and every single day of week 37, i talked to my baby.. "keluar la awal.. mama taknak serah diri.. come be cooperative with mama", things like that. Bukan apa, I heard that once you are induced, you are given a certain time, maybe max 3 times of the injection, and if there's still no sign of labour, welcome C-Sect! ^_^ So I did what I had to.. Cakap dengan baby, jalan itik, jalan petang kat tasik, minum air suam banyak-banyak, consume VCO twice daily. Siap pujuk baby minta dia pop out on 13.10.13 lagi so that his IC no will be 131013-10-xxxx. Cantik kan number?

Anyway, he didn't want to pop early, so on the 16th October 2013, bersamaan Raya Haji ke-2, I admitted myself to the labour room at 7.30am. And i did not have a good rest the night before sebab anxious. Haha. Hubby teman seperti biasa, alhamdulillah. Doctor came about 8.45am to check on me. As usual, nurse bagi ubat pegi toilet segala. The nurse had prepared all the needle, ubat segala for induce labour, but when the doctor check, I was already 3cm dilated. Phew. So no ubat induce, just pecahkan air ketuban (induce juga ni, manually haha).

Lepas tu nurse masuk, put me on drip.. Satu tangan for saline, satu lagi tangan for insulin tak silap. Mak aih. I cannot move freely from that moment. Dengan jam bulat ala-ala bilik guru besar terpampang depan mata di hujung katil, I just watched it move slowly. Kejap-kejap tanya hubby pukul berapa jam you sebab tak percaya masa berjalan dengan lambatnya. Oh, they should put up a TV la kan, takde la boring sangat.  So sempat lah main candycrush, dengar bacaan Al-Quran kat apps dalam phone, pusing kiri, pusing kanan. I think the nurse buat VE lagi 2 kali rasanya, tapi masih 3cm. Oh my.... Hubby pun tak larat nak tunggu, dia turun cafe bawah makan. Oh, saya siap sempat rerun Mr Arrogant kat tonton.my lagi. Then start sakit lower back, tapi pintu bawah tu sama je dilation dia. Rupa-rupanya bladder dah penuh. So all in all, 2 kali kena panggil nurse datang sebab nak mengosongkan bladder. Ya, semuanya di atas katil sebab tangan dicucuk rapi kan.

About 1-1.30pm, doctor came again to check on me. So dia kata baru 4cm, and predicted me to be on active labour malam nanti. Sigh.. Lama nya kematu dah dok atas katil. Nak jalan-jalan tak boleh :/ about 15 minutes later, saya dah gelisah. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. So nurse offer pain killer buat kali keberapa tah, sebab sebelum tu memang taknak pain killer. Dia kata boleh cepatkan labour juga, so sebab dah tak tahan, ok nurse silakan cucuk.. About 2.20pm, I was feeling soooo stuffy! Kesian hubby, kena marah sebab tutup aircond. Haha. "You tutup aircond buat apa, i panas berdentang ni tau tak?" Dan simple je jawapan dia, "sini centralize lah, mana ada remote nak tutup". So I membebel, takde masa lain ke aircond labour room ni nak rosak! 

Kebetulan, nurse masuk nak ambil tray makanan lunch bawa keluar. Hubby tanya dia, "aircond rosak ke sebab dia komplen panas, tapi saya sejuk ni".. Oh, it was just me! Nurse pun cakap, "Puan, saya check lagi ye, kadang2 bila dah active labour atau nak time, memang rasa macam tu". Check la nurse, dengan perasaan baru 4 tadi, tah-tah baru 5.. Sekali nurse cakap, ni dah fully dilate ni, then panggil nurse sorang lagi, cabut kaki katil, pasang handle letak kaki tu, then terus suruh push. Dia kata ni bukan push main-main, ni push betul-betul. OK, barulah sekarang tiba-tiba nak panik. Sebab expect malam. Hahaha. Then doctor sampai. semua bagi semangat suruh push. Tapi bagusnya, semua cakap lembut-lembut. Alhamdulillah, Paling kelakar, ada masa contraction tu, nurse suruh push, saya taknak siap geleng kepala cakap taknak ke tak boleh tah. Lepas tu nurse cakap jangan main tipu.. hahaha.

Dah rasa macam nak race motor pun ada, tekan kaki kat paddle tu kuat-kuat, then tarik handle bar tangan kuat-kuat ala-ala nak buat sit up crunch yang super power. Punya lah meneran sampai segala isi semua keluar sekali *masa ni malu pun dah tak rasa dah* Rasanya 2 kali nurse kena tukar lapik tu..Finally doctor terpaksa vacuum kepala baby. Then minta teran sekali lagi untuk keluarkan bahu baby. Phew. 

Sempat pegang baby sekejap saja, lepas tu nurse ambil untuk test sugar level dia. Alhamdulillah sugar level dia normal. (ini yang saya paling risau sepanjang pregnant, takut baby hypo). tapi suara dia tak sekuat abang dia rasanya, sampai siap tanya dia dah nangis belum. Hahaha. Kali ni, papa dia dapat potong tali pusat sendiri. Suka betul dia. 

So selepas uri dah keluar, doctor dah menjahit, terus naik ke bilik. Tak tau la ada angkat bontot ke tak, tapi jahitan panjang juga. Bila tanya doctor berapa jahitan, dia just kata tak banyak. Hmm. Kali ni saya tak dozed off masa doctor menjahit semua tu. Mamai sikit-sikit ada lah.

Jadi baby kali ni, lahir pada raya haji kedua, 16hb October 2013, dalam pukul 2.45pm tak silap (kena check surat beranak). So my active labour was from 2.20pm to 2.45pm. Alhamdulillah. Dan baby keluar seberat 3.56kg. (Ini saya pasti bukan sebab GDM, sebab abang dia yang masa tu sihat alhamdulillah pun 3.6kg). 

Alhamdulillah, my baby was as healthy as he can be. My 2nd baby boy, also as precious as my 1st born baby. We named him Adam Danial bin Muhammad Suhaimi.

Hot bun from the oven :)

Monday, December 23, 2013

Hilang setahun

Assalamulaikum semua,

Kita sudah di penghujung 2013, baru saya tersedar yang posting terakhir saya adalah pada january 2012. Almost 2 years without any update kan.

Secara ringkasnya, kami telah menjual rumah kami di Damansara Perdana dan berpindah ke Shah Alam. Pada Nov 2012, kami berpindah temporary ke rumah kampung 9 yang tak berapa nak kampung tu sementara rumah kami diubahsuai. Tambah tolak, kami berpindah ke kediaman sendiri pada Febuari 2013. Huh, harap kalau ada perancangan untuk berpindah lagi, biarlah dalam 5 tahun lagi. Penat ok urusan pindah randah, memerah idea untuk susun atur dan design rumah baru, menjejakkan kaki ke semua home fair yang ada untuk mendapat harga barang dan renovation yang kompetitif.

The star news of the year, saya mengundi tahun 2013 sama macam tahun 2008 - pregnant ^_^

Kami memang mempunyai perancangan untuk menambah ahli keluarga tahun ini, tapi biarlah urusan pindah randah selesai dahulu. Kita merancang, Allah yang lebih tau apa terbaik untuk kita. So saya berpindah dalam keadaan fragile, masa tu saya baru sebulan ke dua bulan agaknya. Untung nasib badan, sebab kami gunakan professional mover so tak ada mengangkat barang2 berat. Semua mereka pack, dan mereka tolong unpack. Kalau nak saya rekemenkan, boleh saja, tiada masalah.

Pregnancy kali ini, saya diuji dengan sedikit dugaan. GDM, berperang dengan saya sepanjang 9 bulan tu. Ada orang kata, normal lah orang sekarang pregnant ada GDM. Hello, saya tidak percaya kepada statement tersebut. Kalau anak pertama saya sihat alhamdullillah, jadi fahamlah kalau anak kedua saya lebih berhati2 bila ada GDM. Tapi sayang bila kadang2 orang sekeliling dan rapat dengan kita, beranggapan itu perkara biasa, dan tanpa rasa bersalah menggalakkan kita untuk mengambil makanan manis2 dengan alasan nanti kempunan. Syukur juga bila suami memahami dan menjawab atau menolak secara berhemah dengan alasan2 yang bernas. He is more diplomatic than I am.

Emosi memang tak payah nak cakap lah. Saya buat check up di swasta dan klinik kesihatan. Sudahnya saya cuma ke swasta. Nurse di klinik kesihatan ok berhemah. Tapi regret juga bila doktor yang kasar. Setiap kali check up saya akan ditakutkan dengan possibilities baby mati dalam kandungan. Bila ke swasta, doctor ada pesan juga, tapi bukan secara freaky friday!

Dan pada pertengahan october 2013, alhamdullillah saya selamat secara normal assisted delivery. Ya, vacuum juga kali ni. InsyaAllah, akan diceritakan di entri selanjutnya :)

Happy New Year to all --> 2013. Harap tak lah bersawang lagi blog ni.

Friday, January 9, 2009

Many faces of Ashraf


This is what happen when mama got bored @ work.. Not to say that I'm struck to boredome, tapi hari ni mama asyik teringat kat anak mama, buah hati pengarang jantung ni :)

Ashraf nanti bila dah besar, jadi good boy tau. Hari-hari mama doa minta anak mama ni jadi insan yang berguna, berilmu dan kuat agama..

Gambar2 Ashraf ni ada yang sehari, dua minggu, sebulan, dua bulan.. hihihi..

Tunggu mama dah charge camera, mama snap2 banyak lagi ok :)

OK, jam kat office dah berlagu, it's time to pick you up at sec 19 now.. Get ready ok sayang..

Lots and lots of love,

Mama

Tuesday, January 6, 2009

3rd Month Milestone

Ashraf went for his 3rd month checkup yesterday afternoon. Alahai, I should bring my camera so I can snap snap his pictures during his visit to Dr^Koshy. Takpe, next visit mama bawa camera ok.

Back to the story, Ashraf macam tau je dia nak kena injection. Since morning his mood was OFF.. His appointment was at 11 am but we're late!! Papa and mama bangun lambat (our company cuti specifically for 1st day of school). Then masa nak mandikan Ashraf, time tu laa dia nak susu.. Lepas dah ready semua, before keluar rumah, dia buat "business" pulak dulu.. Then while we're out for lunch @ Burger^King, dia leh muntah kat baju mama dia.. Sigh.. Have to go back and change since I was wearing a black T. So gedebak gedebuk, we reached @ Dr^Koshy around 2 pm. Nasib baik takde ramai patient.

So after we register him, it's time to timbang my baby intan payung.. hehehe... rasa-rasa berapa berat dia now?? Teka laa.. hihihi.. surprise!!!! He's weigh @ 7kg now.. Patut laa tangan mama selalu lenguh.. So Doc bogelkan dia, check his progress and what not, and sapu laa peha dia dgn alcohol swab tu. Dia relax lagi time ni.. Sekali dia nampak jarum (Doc tak pegang lagi ni) dia sudah meraung laa.. aik.. anak mama nih.. malu laa kalo awek2 dengar..

Kali ni laa, sampai dah keluar dari bilik, dia nangis.. Bukan yang continuous tu.. Tapi dia stop kejap.. Then bila teringat dia nangis balik.. Nangis cemana?? Nangis sedih.. hehehe..

OK, his development @ 3 mo:
  • Weight - 7kg
  • Length - 63cm (kot)
  • Ukur lilit kepala - bertambah *Alhamdullillah*
  • Neck - Dah kuat for 3 mo baby
  • Muntah2 dia dah takde since we changed his milk from S26^Gold to Snow
  • Semakin manja dan dah pandai agah2
  • Semakin comel :) Like his mama
  • ooo, kalau dia meniarap, dia pandai dah tolak kaki.. tapi belum reti tiarap sendiri laa
  • kalau berdiri, dia suka lompat2 atas peha kita
  • pagi2 suka sangat tengok pokok2 and burung2 kat luar rumah
  • semalam dia babytalk, tetiba keluar "quack" hahahahah
Dan secara rasminya, he's @ babysitter's house now. Oma dia tak larat nak jaga.. Hantar kat umah dear friend, mak dia ada baby centre.. tapi I request to send him not @ the centre tapi kat umah.. So Ashraf macam big boss kat sana since his d only baby there.. hahahaha.. Seriously, semua orang suka baby kat situ and he's d only one, so agak manja laa buah hati pengarang jantungku itu..
Kemontelan buah hatiku

Feveret position from Ashraf

Our small family during Ashraf cukur jambul & Aqiqah

Saturday, October 18, 2008

Ashraf Danial - Day 10

Nak tengok gambar anak saya on his day 10? Wait a minute, let us take a moment here.. Emm, dia dah pandai:

  • Nangis kuat2 bila lambat dapat susu.. Anak mama ni garang ye?? *I think he got this from me laa*
  • Getting chubbier.. Owh, masa timbang doctor time nak admitted jaundice tu, berat dia dah 3.7kg tau..
  • Time dia bangun malam is every 2 hours
  • Kepala dah kena cukur.. kes kes kes..

Tapi, anak mama ni baik cos tak memilih ape2 sangat.. :) Mama sayang anak mama nih :)

OK, gambar time:


Monday, October 13, 2008

Our Precious - Day 6 & 7

Hmm, today is Monday. We are kinda sedih since last night, our precious kena admitted due to jaundice.

Thanks to Ee.. She dropped by with Shalyz petang semalam, so dear Suami asked her to have a look at Ashraf.. Ye laa, kami tengok dia macam kuning jer.. Bila Dr Ee check, she advised us to send Ashraf for proper check esok pagi. But being a first time parents and all, malam tu about 11pm jugak kami bawa Ashraf ke hospital. Tapi lab lady to takde.. on call.. So we insisted the M.O to call her up. We came back after an hour. *Masa ni tawakal je la, bawa baby kuar umah tgh malam kan.. So selawat banyak2*

Fuhh, lil precious kena cucuk kat tapak kak for a blood test.. Being me, I asked the father to hold him.. Tak sanggup nak tengok tau.. Lepas tu, M.O kata baby kena admit since reading dia dah 352. OMG, lucky Aunty Ee dropped by kan sayang mama..

Perasaan masa nak hantar dia kat nursery.. Bila nurse to amik dia, dia macam tau yang we all nak tinggalkan dia sorang2 kat hospital.. meraung laa anak mama nie.. Sedih, both of us sampai berair mata.. :(

So hari ni, we went to see him.. Papa dia gi 2 kali, tengah hari and petang.. Mama dia dapat gi petang je.. Alahai, tengok Ashraf bawah lampu tu, cepat2 laa baik our precious.. Kami lepak ngan baby sejam lebih.. Anak mama cepat baik ok.. We miss you so much!!

Owh, hari ni papa dia dah officially register him at JPN..
Official name is .....

Ashraf Danial bin Muhammad Suhaimi
:)

Thursday, October 9, 2008

Day 3 - What we did at home

Since semalam, I started the urut2 session with the confinement lady. Thanks to Kak Long (Azarina), the makcik is fabulous.. :) But yesterday session was only urut2 satu badan, and makcik help Mr Hubby with the cuci uri, tanam uri process..

Today, my full confinement session.. hehehe.. Makcik came about 10am.. First, I was asked to do bertangas.. Pergh.. Macam sauna tu.. The akar kayu memang menenangkan lah.. Rasa best je.. Half hour later, makcik mulakan aktiviti bertuam pulak.. Lepas tu, mandi ok.. While I'm in the shower, makcik mandikan baby, tuamkan dia.. Later, my turn to urut and berbengkung.. :)

So hari ni tu je laa aktiviti kami..

P/S: I am glad to be at home :)

Wednesday, October 8, 2008

Day 2 - We're gonna go home!!


After a long discussion for the baby name, we decided to name him Ashraf Danial.. We even call him Ashraf dalam perut lagi.. However, his atuk and nenek and nenek2 saudara tak agree sangat.. They said it's too long, berat bawak nama nanti.. So, as of today, papa dia tak register lagi nama dia.. It's ok, we have 7 days to register our lil precious..

We're still at D.e.M.c.. Today, our precious kena sunat.. Cian anak mama ye.. But, listen to your papa ok. He has his own reason to do it now.. Lagipun, nanti baby Ashraf tak laa merasa sakit kan? :)

We're supposed to be discharge by 12pm, tapi due to the circumcision process took quite some time, about 5 jugak laa baru kami dapat balik umah..

Yeay, baby sayang.. we're going to Atuk and Wan's house.. We'll be living there sampai Papa decide to move ok sayang..

Emm, my MIL had a minor surgery yesterday.. Tangan dia luka sampai bernanah.. So hari ni dia pun discharge together with us.. Hope her finger will get better soon.. Nanti tangan mamatok dah ok, mamatok dukung Ashraf ok..

Yawn... Till later..

P.S: We're a proud parents to our lil precious :)

Tuesday, October 7, 2008

Our precious - The labour

Salam semua..
Post ni sebenarnya back dated. Tapi untuk mengingati semua kenangan, pengalaman bersalin, dan mana tau satu hari nanti buat tatapan anak2.. maka tergerak nak buat post according to actual date :)

Hmm, petang semalam gi checkup dengan Dr Norleen @ d.E.m.C, according to her, kandungan dah 9 bulan 2 minggu which is 38 weeks.. dijangka bersalin dua minggu lagi.. tapi sebenarnya dah full term pun.. tunggu masa je.. Doc cakap - be prepared.. Alang2 jumpe Doc, I asked her for 1 day MC untuk esok.. tak larat.. *masa ni batuk and selsema teruk, penangan belasah rendang time raye kot* So, my wish was granted.. ekekeke.. Sebab dapat MC ni jugak laa, Mr Suami and myself decided to bermalam di Shah Alam..

Malam tu, lepas belasah makan seafood, dalam keadaan kekenyangan, aku masuk bilik tido.. Tapi takleh tido.. Asyik gi toilet terkencing2 je.. Hmm, sampai ada 2 kali tu, tak sempat sampai toilet dah basah.. hehehe.. Hmm, agak temper masa ni sebab ada ke patut, toilet just 3 langkah dari katil je.. Mr Suami tengah baca paper time ni.. Dia pun heran tengok aku marah2.. Tapi still under control.. So sempat laa tido kan.. Tetiba about 12.30 am, every 10 minutes asyik gi toilet.. Alahai, hilang mood nak tido.. Terfikir yang aku ni salah makan ke.. Battle ke toilet ni berlansung sampai kul 2am.. Mr Suami dah pelik tengok aku mundar mandir dalam bilik, dia tanya kenapa.. Aku cakap sakit belakang *padahal sakit cam sengugut ni* Finally, Mr Suami cadangkan kami terus ke labor room.. Without any hesitation, aku setuju..

Sampai D.e.M.c, terus kami ke tingkat 3, siap cakap kat kakak tu, saya tak tau betul ke tak.. kakak tu kata takpe, dia check dulu.. Sekali dia kata, dah 5 cm.. Siap dia dah inject pain killer pun, masih rasa lagi sakit dia, tapi kurang sket laa.. *Mula2 nak marah jugak, sebab midwife tu kata 15 minit lepas inject akan mengantuk, takde pun.. hehehe* Opps, I'm in a real labor lah.. Dia siap suruh Mr Suami turun gi register semua.. Bila dia tanya, aku just kata yang dari tadi aku asyik gi toilet cam cirit birit and ada bleeding sket *mana nak tau, 1st timer*

Mr Suami naik about 3.30am, midwife tu kata dah 7 cm.. Aik cepatnyer.. Baru 1 hour ni.. siap dah kena tolak masuk labor room, tadi kat waiting room je.. Tapi sakit contraction tu takyah cakap laa.. Yang kelakar, kakak tu tanya air ketuban dah pecah lom? Aku kata belum lagi.. So dia nak manual pecahkan.. Sekali dia kata "Apesal cam takde air ni?" Aku leh tanya dia, "air ketuban tu yang macam mana? Yang terkencing2 tu ke?" Dia kata haah laa.. Aku bantai jawab, "Oo, yang tu kat umah tadi dah kena dah".. Sabar je laa aku ni kan? Aku minta Mr Suami turun amik air selusuh dalam kete.. Dia sempat balik mandi pulak.. bagus jugak, demi kesegaran badan.. Bila dia sampai, dah 9 cm dah.. *sejam gak laa aku nak dapat air tu, hehe*

Bila dah fully dilated, Doc sampai, and bermula sesi bertarung nyawa tu.. Alhamdullillah, kami selamat dikurniakan baby boy yang sihat, 3.6 kg.. Tapi mama minta maaf ye sayang, due to no energy, mama tak larat nak push kuat2.. So baby mama ni kena vacuum.. Yang penting baby mama selamat ok.. *Masa ni baru aku ngantuk.. hehehe..*

Alhamdullillah, aku dan suami rasa bersyukur sangat2.. tak sangka baby yang selama ni dalam perut, dah pun ada kat dunia ni.. Bahagia rasa.. Tapi kan, kalau orang tanya sakit bersalin tu cemana, memang tak dapat nak jawab.. sebab bila tengok muka baby, rasa lupa sakit tu.. Mungkin Allah jadikan kite macam tu, supaya kite tak seram nak bersalin lagi dan lagi dan lagi kot..


Gambar lepas dia dilahirkan.. Masih dalam labor room rasanya..

Tuesday, September 9, 2008

Preparation to date

As to date, there are still a LOT that we need to search for.. So selamba of us lah.. Sometimes we even ask each other how many days left until our precious will join us.. :) Sorry dear little one, mama and papa sometimes panic or should I say confuse on what we should do first..

Well, just as update, our precious babycot was delivered to SA address mid last week.. It's big and nice.. We purchased the sleigh design and walnut colour.. We feel that teak wood colour is easier to match with our deco later on.. Plus, it's a 4 in 1 design.. *Kalau lil precious dah tak pakai, boleh lah mama and papa dia jadikan kerusi kayu* hihihi..

Our super-single divan with a super-single pullout was delivered to SA sometime in last 2 weeks.. Well, we will 'rasmikan' the divan as Mom said a big NO to me when I thought of sleeping in my own room.. Kata mama, mana boleh naik turun tangga time confinement.. hihihi.. Only dear hubby can choose to sleep with me or alone in my cosy room.. tsk tsk..

I've purchased the Confinement Set from here.. A complete set I must say.. Hope I'll be determined enough to follow the regime.. and the pantang larang of berpantang also ;P *macam mana ni takleh minum ais dan sejuk2 ni* I've also bought Avent*Isis Manual BP for home use.. Will buy Spectra*3 once my confinement period is over (which means I have to get my lazy butt to work.. sigh)

Baju2 si kecil dah banyak dah beli.. Now both of us are "refraining" ourselves from more baju baby shopping spree.. hehehe.. Kena lah beli yang mana patut yang lain kan..

Overall, I think we are 80% completed.. Wow, with Aidilfitri coming, hope there'll be some onus for us.. Kalau tidak, habis lah kami berdua.. hehehe.. Baby lagi, anak2 buah lagi.. Not trying to be stingy, but kena put aside just in case kan??