Hai kawan kawan Ashraf and kawan kawan mama Ashraf :)
Macam mana raya kawan kawan semua? Ashraf tahun ni tahun pertama merasai suasana hari raya. Seronok tau. Meriah sangat :)
Cerita raya, malam raya kan, kitorang berbuka puasa kat kampung papa Ashraf. Lepas tu lepak lepak semua.. Mama dengan aunty yan tolong mamatok kat dapur sikit sikit.. fuh, mama Ashraf tak pandai masak semua.. hihihi.. So, nasib baik lah kami sampai semua rendang bagai dah siap :) tinggal panaskan je. Malam tu takde buat apa, tengok tv je, lepas tu Ashraf tido.. Papa dengan Pak Aon pergi beli lemang..
Esok tu raya. Papa mandikan Ashraf kul 8 pagi.. Lepas mama siapkan Ashraf, papa pulak mandi. Mama last sekali mandi. Kena prepare banyak benda.. Lepas semua dah siap, dalam kul 11 macam tu, mama, papa, Ashraf, mamatok, pak aon dengan aunty yan gerak gi Bangsar.. Pegi raya rumah adik mamatok. Kat sini Ashraf jumpa cousins yang lain.. Tapi, Ashraf je baby boy.. tsk tsk.. Lepas tu kitorang gi Subang rumah atok Mat.. raya lagi.. Ashraf pelik ramai sangat orang bagi sampul kat Ashraf. Mula mula semua sampul Ashraf bagi papa, lepas tu tengok sampul kilat kilat, Ashraf nak pegang sendiri.. tapi isi tu semua papa simpan.. apa ek tu? Duit raya mama kata :)
Petang tu gi rumah aunty mas, kawan mama kat Shah Alam.. Lepas tu baru balik rumah Oma ngan Ki.. Lepas tu tak pegi mana lah sebab Ashraf kan dok situ :) Ni gambar2 raya Ashraf.. Raya kawan kawan macam mana? Mesti seronok raya kampung. Ashraf kena tunggu balik kuala berang or masjid tanah ni baru rasa raya puasa kat kampung..
1 comment:
ashraf darling, happy 1st birthday. be good, be nice to your mom and dad. be good son ok darling
Post a Comment