Wednesday, January 25, 2012

Salam 2012

Salam 2012.

Tidak banyak perubahan yang berlaku pada tahun ini. Mungkin terlalu awal untuk kita mengandaikan sesuatu peristiwa kan? Walaubagaimanapun, tahun 2012 dimulakan dengan majlis pertunangan Chuma. ChuMa ni sepupu mama Ashraf. Tapi kami tak memeriahkan majlis tersebut :( Ashraf batuk-batuk dan selsema. Kita kan memulakan 2012 dengan cuaca yang agak panas terik.. Yang pergi cuma Oma. Itu pun Oma pergi tumpang cousin, kemudian pulang dengan bas. Tapi Oma kata taknak naik bas lagi. Driver tu bawa laju! Bayangkan pukul 10 lebih baru bertolak dari Kuala Berang, pukul 5 dah sampai Shah Alam. Rasanya perjalanan tu normal, tapi mungkin laju kot.

Perkembangan terbaru Ashraf? Ashraf sekarang semakin manja dengan mama dan papanya. Sampaikan kami tak boleh nak pegang baby lain. Pegang baby Ashraf saja, katanya. Selera makannya semakin bertambah. Seronok mama memasak untuk Ashraf. Tapi mama rasa, Ashraf kena kurangkan makan nugget nugget dan nugget okay. Sebab Ashraf kurang gemarkan nasi, mama sentiasa masak sup sup, mee, mihun untuk dia dan diri mama juga. Turun ke berat mama? Not sure, sebab penimbang berat dah rosak. Nanti la, bila mama dah dapat sales nanti, mama nak beli weighing scale yang baru :)

Harapan mama dan papa kepada Ashraf? Doa kami supaya Ashraf menjadi seorang anak yang baik, bijak, mendengar kata, beriman, berguna kepada masyarakat, dan mempunyai sifat sifat dan sikap sikap yang mencerminkan seorang Muslim yang baik. Amin.

Ashraf sekarang sudah diaper free pada waktu siang! Mama sangat happy! Tapi kami tetap gunakan pampers time malam nak tidur. Bukan apa, dia guna size XXL sekarang. terlalu mahal harganya!

Ashraf sekarang dalam proses mengenali huruf A-H. Setakat hari ini, dia selalu keliru huruf D. G dan H belum mula lagi. Papa kata kalau Ashraf pass A sampai H, kita akan bercuti! InsyaAllah :)

No comments: