Friday, January 10, 2014

The arrival of AD#2

I owe this post to my second baby boy.. Sorry sayang, it took you to be almost 3 months for mama to write a special post on you.

As some of you already know, I was due to be induced at 38 weeks due to my GDM condition. But since my first born was delivered early at 37 weeks, my gynae mentioned to me that i may not be induce and might have the sign by 37 weeks as well.

So, 38 weeks will be on Hari Raya Haji :) Another raya baby. At end of 36 weeks and every single day of week 37, i talked to my baby.. "keluar la awal.. mama taknak serah diri.. come be cooperative with mama", things like that. Bukan apa, I heard that once you are induced, you are given a certain time, maybe max 3 times of the injection, and if there's still no sign of labour, welcome C-Sect! ^_^ So I did what I had to.. Cakap dengan baby, jalan itik, jalan petang kat tasik, minum air suam banyak-banyak, consume VCO twice daily. Siap pujuk baby minta dia pop out on 13.10.13 lagi so that his IC no will be 131013-10-xxxx. Cantik kan number?

Anyway, he didn't want to pop early, so on the 16th October 2013, bersamaan Raya Haji ke-2, I admitted myself to the labour room at 7.30am. And i did not have a good rest the night before sebab anxious. Haha. Hubby teman seperti biasa, alhamdulillah. Doctor came about 8.45am to check on me. As usual, nurse bagi ubat pegi toilet segala. The nurse had prepared all the needle, ubat segala for induce labour, but when the doctor check, I was already 3cm dilated. Phew. So no ubat induce, just pecahkan air ketuban (induce juga ni, manually haha).

Lepas tu nurse masuk, put me on drip.. Satu tangan for saline, satu lagi tangan for insulin tak silap. Mak aih. I cannot move freely from that moment. Dengan jam bulat ala-ala bilik guru besar terpampang depan mata di hujung katil, I just watched it move slowly. Kejap-kejap tanya hubby pukul berapa jam you sebab tak percaya masa berjalan dengan lambatnya. Oh, they should put up a TV la kan, takde la boring sangat.  So sempat lah main candycrush, dengar bacaan Al-Quran kat apps dalam phone, pusing kiri, pusing kanan. I think the nurse buat VE lagi 2 kali rasanya, tapi masih 3cm. Oh my.... Hubby pun tak larat nak tunggu, dia turun cafe bawah makan. Oh, saya siap sempat rerun Mr Arrogant kat tonton.my lagi. Then start sakit lower back, tapi pintu bawah tu sama je dilation dia. Rupa-rupanya bladder dah penuh. So all in all, 2 kali kena panggil nurse datang sebab nak mengosongkan bladder. Ya, semuanya di atas katil sebab tangan dicucuk rapi kan.

About 1-1.30pm, doctor came again to check on me. So dia kata baru 4cm, and predicted me to be on active labour malam nanti. Sigh.. Lama nya kematu dah dok atas katil. Nak jalan-jalan tak boleh :/ about 15 minutes later, saya dah gelisah. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena. So nurse offer pain killer buat kali keberapa tah, sebab sebelum tu memang taknak pain killer. Dia kata boleh cepatkan labour juga, so sebab dah tak tahan, ok nurse silakan cucuk.. About 2.20pm, I was feeling soooo stuffy! Kesian hubby, kena marah sebab tutup aircond. Haha. "You tutup aircond buat apa, i panas berdentang ni tau tak?" Dan simple je jawapan dia, "sini centralize lah, mana ada remote nak tutup". So I membebel, takde masa lain ke aircond labour room ni nak rosak! 

Kebetulan, nurse masuk nak ambil tray makanan lunch bawa keluar. Hubby tanya dia, "aircond rosak ke sebab dia komplen panas, tapi saya sejuk ni".. Oh, it was just me! Nurse pun cakap, "Puan, saya check lagi ye, kadang2 bila dah active labour atau nak time, memang rasa macam tu". Check la nurse, dengan perasaan baru 4 tadi, tah-tah baru 5.. Sekali nurse cakap, ni dah fully dilate ni, then panggil nurse sorang lagi, cabut kaki katil, pasang handle letak kaki tu, then terus suruh push. Dia kata ni bukan push main-main, ni push betul-betul. OK, barulah sekarang tiba-tiba nak panik. Sebab expect malam. Hahaha. Then doctor sampai. semua bagi semangat suruh push. Tapi bagusnya, semua cakap lembut-lembut. Alhamdulillah, Paling kelakar, ada masa contraction tu, nurse suruh push, saya taknak siap geleng kepala cakap taknak ke tak boleh tah. Lepas tu nurse cakap jangan main tipu.. hahaha.

Dah rasa macam nak race motor pun ada, tekan kaki kat paddle tu kuat-kuat, then tarik handle bar tangan kuat-kuat ala-ala nak buat sit up crunch yang super power. Punya lah meneran sampai segala isi semua keluar sekali *masa ni malu pun dah tak rasa dah* Rasanya 2 kali nurse kena tukar lapik tu..Finally doctor terpaksa vacuum kepala baby. Then minta teran sekali lagi untuk keluarkan bahu baby. Phew. 

Sempat pegang baby sekejap saja, lepas tu nurse ambil untuk test sugar level dia. Alhamdulillah sugar level dia normal. (ini yang saya paling risau sepanjang pregnant, takut baby hypo). tapi suara dia tak sekuat abang dia rasanya, sampai siap tanya dia dah nangis belum. Hahaha. Kali ni, papa dia dapat potong tali pusat sendiri. Suka betul dia. 

So selepas uri dah keluar, doctor dah menjahit, terus naik ke bilik. Tak tau la ada angkat bontot ke tak, tapi jahitan panjang juga. Bila tanya doctor berapa jahitan, dia just kata tak banyak. Hmm. Kali ni saya tak dozed off masa doctor menjahit semua tu. Mamai sikit-sikit ada lah.

Jadi baby kali ni, lahir pada raya haji kedua, 16hb October 2013, dalam pukul 2.45pm tak silap (kena check surat beranak). So my active labour was from 2.20pm to 2.45pm. Alhamdulillah. Dan baby keluar seberat 3.56kg. (Ini saya pasti bukan sebab GDM, sebab abang dia yang masa tu sihat alhamdulillah pun 3.6kg). 

Alhamdulillah, my baby was as healthy as he can be. My 2nd baby boy, also as precious as my 1st born baby. We named him Adam Danial bin Muhammad Suhaimi.

Hot bun from the oven :)

2 comments:

Eliss said...

hai adam danial :) bukan tengku adam kamil :p eloklah ko kumpul boboy aku kumpul gegirl. kiranya kita beranak tahun yg sama la yer :) dua-dua anak :)

Permata Hatiku said...

hehehe, eliss maaf la dah may baru reply. lama gila tak aktif blog, sampai password pun lupa :)
anyway tq aunty eliss